Monday, 12 September 2011

mencari sesuatu..



salam..sudah agak lama tidak mengupdate blog......agak sibuk dengan tugasan opis....student baru dengan kurikulum baru...serta beberapa projek dan ilmu baru....Aishah....

Tuesday, 9 August 2011

Tuesday, 31 May 2011

uni dan shima wedding





Yang Terbaik...

salam...ada suatu ketika pengantin bertanya kepada saya...Bila gambar mahu siap...??...ulp...saya faham..anda sudah tidak sabar untuk menatap gambar-bersejarah anda...saya faham..saudara mara..sahabat handai anda juga bertanya tentang gambar anda...

disini saya ingin menjelaskan beberapa perkara..agar kita dapat saling memahami...

1. untuk menghasilkan suntingan gambar bukanlah mudah...
2. ianya perlu disunting dari pilihan beribu keping gambar yang di ambil...
3. suntingan pula dilihat dari segala aspek...warnanya...ketelitian perinciannya..teknik dan sbgnya...
4. kemudian suntingan gambar yang selesai di susun dan di kompos menjadi satu rekaan page yang menarik..
5. ianya memakan masa yang agak lama....seminggu...2 minggu..malah kadangkala hingga 3 bulan..semata-mata untuk mendapatkan stail dan teknik suntingan sendiri yang menarik...
6.untuk anda juga...
7.harap pengantin dapat bersabar lebih sikit...kerana ianya bukan semudah A,B,C



*Mohd Ekram Al Hafis*

Friday, 25 March 2011

tengah malam

salam...tengah malam..
saya seperti biasa memang tak boleh duduk diam....lepas isyak terus buka pc dan mula mengedit gambar-gambar wedding yang di tempah bulan-bulan sebelum ini...tiba-tiba saya terfikir tentang kreativiti sesebuah gambar dilihat dari mana..? warnanya? kesan khas yang di masukkan? atau angle yang wow..wow...?


hehehehhe...nanti saya cuba ulas dari sudut elemen dan prinsip seni terhadap visual photography...

Tuesday, 22 March 2011

lagi gambar kursus percetakan..



cetak....dan cetak....




bengkel percetakan fabriks(t-shirt) juga berkonsepkan D.I.Y do it yourself dan boleh di buat di rumah dengan tidak memerlukan ruang yang besar...jika serius....anda boleh buat duit dengan kemahiran ini...

gambar-gambar kursus percetakan t-shirt



12.3.2011 kursus percetakan t-shirt....dari proses awal buat blok hingga mencetak t-shirt..peserta dari  bekas pelajar kolej....pelajar sek.dan cikgu seni dan cikgu bahasa inggeris....pendekatan amali nampaknya berkesan dan alhamdulillah semua blok peserta siap tanpa sebarang masalah....alhamdulillah...

Friday, 4 March 2011

Sunday, 27 February 2011

lagi shot_shot


Photo Tips

...Bagi sesetengah bakal pengantin semasa
bertunang, barang-barang hantaran telahpun
disediakan.Ini bermakna ketika hari besar nanti
cukup sekadar membawa cincin,gelang atau
rantai untuk upacara membatalkan air wuduk.

Rakaman fotografi haruslah menitik beratkan barang-
barang hantaran ini.Perincikan setiap barang hantaran
yang telah di gubah.Lihat makna dan gubahannya.

Lihat sudut pandangan yang menarik atau sesuatu gubahan
yang memberi makna besar kepada majlis tersebut.


1. Gubahan tuala yang disulam dengan nama bakal pengantin
serta tarikh majlis pertunangan penting bagi memberi makna
     bertautnya tali silaturrahim disamping dua ekor “ladybird” pada
setiap sulaman hati turut membawa maksud tautan yang
     sama.
2. Gubahan berbentuk buah manggis memberi
kaitan kemanisan pada majlis tersebut.Bilangannya sebanyak tujuh biji amat
    sinonim dengan alam yang mempunyai
tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.Kejadian alam juga berperingkat sebanyak
     tujuh peringkat dan
 umul kitab al Fatihah mempunyai tujuh baris ayat.
3. Begitu juga gubahan burung yang berada di luar
sangkar cukup menggambarkan cinta dua insan yang hidup bebas,
    disamping sangkarnya di isi dengan telur-telur emas
agar rezeki kemewahan melimpah ruah bagi kedua bakal pengantin.

shot-shot lagi....


Saturday, 26 February 2011

shot-shot


sedikit pengalaman wedding photo shooting...potret dan majlis persandingan

Sunday, 20 February 2011

Biarpun hanya majlis pertunangan,
Ianya juga adalah detik indah bagi bakal
pengantin. Sebuah tanggung jawab
yang bakal di pikul oleh bakal pengantin
disamping detik permulaan untuk
menempuh gerbang bahagia...

Disini memerlukan kecekapan dan
kepekaan jurukamera untuk merakam
detik majlis ini berlangsung...

Dari permulaan majlis hingga ke akhirnya.
dari detik rombongan sampai hingga
detik menyarung cincin pertunangan...

Jangan biarkan detik-detik
 yang tidak di rancang berlalu
biarpun terpaksa dirakam
 secara”candid” itulah detik
yang agak penting...

permainan emosi
dan

 debaran jantung bakal pengantin..
Didalam majlis pertunangan, biasanya bakal pengantin jarang mengambil
Fotografi didalam bentuk pakej.Jika diluar bandar bakal pengantin biasanya
akan berhubung terus dengan juru solek tentang bentuk gambar yang
ingin dirakam.
Jika di luar bandar  gambar “Roll” masih di guna pakai  walaupun kewujudan
kamera filem sudah lama tidak digunakan.Biasanya di luar bandar untuk
majlis pertunangan  2 “Roll” gambar akan di tempah bersamaan 72 keping
gambar.
Ada juga bakal pengantin yang terus menempah pakej untuk  majlis
perkahwinan sekali yang memakan berbulan-bulan masanya dan tidak
kurang juga yang inginkan “ custom album” untuk hanya majlis
pertunangannya.
Segalanya terpulang kepada  jumlah bayaran yang ada  pada bakal pengantin.
Akan tetapi, sedikit tips pada bakal pengantin ;
1. Juru kamera biasanya tidak mengambil pusing jika gambar “Roll” di tempah.
2. Gambar-gambar yang di rakam juga berlainan dari segi teknik dan sudut
     yang kurang tumpuan kreatifnya.
3. Ada sesetengah jurukamera yang tidak menyunting gambar yang di rakam,
    kalau adapun hanya menaikan warna yang agak pudar.Kos suntingan agak
    tinggi berbanding jumlah gambar secara “Roll”.
4. Sebaiknya tempahlah gambar untuk  pakej terus ke majlis perkahwinan,
     walaupun agak mahal tetapi kualiti dan hasil suntingan memuaskan.
5. Jangan terpedaya dengan harga pakej pengantin yang murah,sebaliknya
     lihatlah hasil rakaman dan suntingan gambar jurukamera yang anda pilih..

     adakah mengikut citarasa dan kehendak anda.