Sunday, 27 February 2011

Photo Tips

...Bagi sesetengah bakal pengantin semasa
bertunang, barang-barang hantaran telahpun
disediakan.Ini bermakna ketika hari besar nanti
cukup sekadar membawa cincin,gelang atau
rantai untuk upacara membatalkan air wuduk.

Rakaman fotografi haruslah menitik beratkan barang-
barang hantaran ini.Perincikan setiap barang hantaran
yang telah di gubah.Lihat makna dan gubahannya.

Lihat sudut pandangan yang menarik atau sesuatu gubahan
yang memberi makna besar kepada majlis tersebut.


1. Gubahan tuala yang disulam dengan nama bakal pengantin
serta tarikh majlis pertunangan penting bagi memberi makna
     bertautnya tali silaturrahim disamping dua ekor “ladybird” pada
setiap sulaman hati turut membawa maksud tautan yang
     sama.
2. Gubahan berbentuk buah manggis memberi
kaitan kemanisan pada majlis tersebut.Bilangannya sebanyak tujuh biji amat
    sinonim dengan alam yang mempunyai
tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.Kejadian alam juga berperingkat sebanyak
     tujuh peringkat dan
 umul kitab al Fatihah mempunyai tujuh baris ayat.
3. Begitu juga gubahan burung yang berada di luar
sangkar cukup menggambarkan cinta dua insan yang hidup bebas,
    disamping sangkarnya di isi dengan telur-telur emas
agar rezeki kemewahan melimpah ruah bagi kedua bakal pengantin.

No comments:

Post a Comment