Sunday, 20 February 2011

Didalam majlis pertunangan, biasanya bakal pengantin jarang mengambil
Fotografi didalam bentuk pakej.Jika diluar bandar bakal pengantin biasanya
akan berhubung terus dengan juru solek tentang bentuk gambar yang
ingin dirakam.
Jika di luar bandar  gambar “Roll” masih di guna pakai  walaupun kewujudan
kamera filem sudah lama tidak digunakan.Biasanya di luar bandar untuk
majlis pertunangan  2 “Roll” gambar akan di tempah bersamaan 72 keping
gambar.
Ada juga bakal pengantin yang terus menempah pakej untuk  majlis
perkahwinan sekali yang memakan berbulan-bulan masanya dan tidak
kurang juga yang inginkan “ custom album” untuk hanya majlis
pertunangannya.
Segalanya terpulang kepada  jumlah bayaran yang ada  pada bakal pengantin.
Akan tetapi, sedikit tips pada bakal pengantin ;
1. Juru kamera biasanya tidak mengambil pusing jika gambar “Roll” di tempah.
2. Gambar-gambar yang di rakam juga berlainan dari segi teknik dan sudut
     yang kurang tumpuan kreatifnya.
3. Ada sesetengah jurukamera yang tidak menyunting gambar yang di rakam,
    kalau adapun hanya menaikan warna yang agak pudar.Kos suntingan agak
    tinggi berbanding jumlah gambar secara “Roll”.
4. Sebaiknya tempahlah gambar untuk  pakej terus ke majlis perkahwinan,
     walaupun agak mahal tetapi kualiti dan hasil suntingan memuaskan.
5. Jangan terpedaya dengan harga pakej pengantin yang murah,sebaliknya
     lihatlah hasil rakaman dan suntingan gambar jurukamera yang anda pilih..

     adakah mengikut citarasa dan kehendak anda.

No comments:

Post a Comment